Hasinawati

Hasinawati

Kutinggalkan Semarang
di sudut kenangan
menyeberangi Laut Jawa
singgah di kota pinggiran
berlabuh di Singapura
Masjid Omar Kampong Melaka.

Adat mencengkam
‘kahwin paksa’
menderaku keluar
lalu kunaiki kapal
dibantu seorang saudara
memulakan penghidupan
jauh dari Pulau Jawa.

Aku tahu erti derita, perjuangan,
sebatang kara di Singapura
kujadi bidan, jaja makanan,
kemudian, membesarkan anak
tika suamiku di rantauan
& akhirnya mati muda.

Kukenali sejarah Jawa
para wali, ningrat, pejuang,
cerita panji, wayang kulit, babad,
& aku tahu,
leluhur & keturunanku menentang Belanda
keluarga menantuku beradu keris
dengan Feringgi, Belanda, Inggeris,
di Jawa, Melaka, Johor, Singapura,
& kuajari anakku, Fatimah,
makna maruah & jati diri
ketika abad ini masih muda
& penjajah bermaharajalela.

Pengalaman itulah persekolahanku
dengan kebaya & batik lepas
dengan sanggul & selendang
kuajari anakku membaca Jawi
meneliti akhbar, hikayat,
menyirati suasana
agar menjadi arif, gigih,
seperti Tun Fatimah, Kartini,
& keturunan kita kekal
berani mencuba, menyoal,
menjadi jauhari
menjadi benih & pulau.

Berpindah dari Kampung Melaka ke Kallang Rokok
setelah anaknya berumahtangga
setelah matanya hampir buta
sebelum Perang Dunia Kedua
wanita itu meninggal dunia.

Awal abad ke-20
dari Semarang ke Singapura
betapa jauh pelayaran
wanita gigih, degil, tabah,
Hasinawati
moyangku.

Ditulis: 30hb September – 2 hb Oktober 1995
Mayflower, Iowa, Amerika Syarikat
Tulisan: Rasiah Halil

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s