Yang Baru Melayu

Yang Baru Melayu

Kitakah orang Melayu baharu
yang sering terasa malu
masyarakat & warisan
kecuali nan di seberang
berpaksi anutan.

Kitakah orang Melayu baharu
yang mendabik dengan kebendaan
sekali gus bernafas keagamaan
mengisytihar kehebatan
yang sepuhan & salutan
tanpa sedar
makna sebarang kelebihan.

Dengan fahaman goyah
angguk-mengangguk sekitar
kita mahu dianggap terbuka, besar,
menilai dari kaca mata si dalang
menidakkan kebolehan
kecuali kitalah
orang-orang pilihan.

Tanpa akal & nurani
dipacaki Al-Quran & sunah Nabi
apakah kita orang Melayu baharu
atau orang-orang yang baru Melayu
anak-anak Macaulay
berkulit coklat, cerah, sawo matang,
bercelaru menghidupi fahaman borjuis
aib pada khazanah, warisan,
& bertingkah dengan minda tertawan?

NB: Macaulay di sini merujuk kepada Thomas Babington Macaulay (1800-1859) yang pernah mengenengahkan polisi-polisi pendidikannya di India untuk melahirkan ‘the brown Englishmen’ – orang-orang Asia yang menganggap segala-galanya sempurna dari Barat, dan malu pada tradisi sendiri. Fahaman pendidikan ini kemudiannya dibawa ke Tanah Melayu dengan terdirinya Kuala Kangsar Malay College pada 1905. Fahaman Macaulay masih berleluasa sehingga kini dengan adanya ‘minda tertawan’ (‘captive mind’) dalam masyarakat kita.

Ditulis: 22 Disember 2005
Bedok, Singapura
Tulisan: Rasiah Halil.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s