Catatan Kecil

Hasrat hati saya ingin menulis mengenai kenangan saya meminati lagu-lagu Biduanita Sharifah Aini, sebagaimana yang saya janjikan bila mendengar berita pemergian beliau pada 5 Julai 2014 lalu. Saya hanya sempat menulis beberapa catatan ringkas, puisi-puisi yang saya tulis untuk beliau, semasa beliau hidup dan setelah pemergian beliau dan belum dapat menulis apa yang saya inginkan. Saya menganggap beliau sebagai ‘kakak seni’ saya dan lagu-lagunya sebilangannya mengilhamkan saya dalam bidang penulisan. Hasrat ini belum kesampaian kerana kesihatan saya beberapa kali terganggu sejak Disember 2014 lalu.

Untuk masukan kali ini saya sertakan cerpen ‘Kesepian Adalah Seorang Perempuan’ yang ditulis pada 6 November 1981 dan pertama kali tersiar di Berita Minggu Singapura pada 22 November 1981. Cerpen ini juga termuat dalam kumpulan cerpen saya, Orang Luar, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia, pada 1991. Cerpen ini besar kemungkinan mengilhamkan lagu nyanyian Biduanita Sharifah Aini, ‘Seribu Mawar’ . Dan saya sertakan juga untuk masukan kali ini sebuah sajak yang ada menyebut salah sebuah lagu tradisional nyanyian beliau.

Insya-Allah pada masa terdekat saya akan menulis mengenai kenangan saya sebagai peminat – kerana saya tidak mengenali beliau secara peribadi seperti teman-teman karib dan adik-adik angkat Allahyarhamah.

Ditulis: 2 Februari 2015.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s