Sajak: Tiram

Jadilah seperti tiram
sabar melahirkan mutiara
keperibadian tidak pernah dibentuk
dari kesengsaraan seketika
kenali segala penghuni laut
riak air, angin, mentari, pasir,
kerana hidup satu rentetan
alam juga tiada batasnya.

Pelajari dari pukulan ombak
erti kesinambungan usaha
fikirkan muslihat penyelam
membongkar khazanah rahsia
sempadani tabiat si karang,
duyung atau ikan lumba-lumba
kerana hadirmu bukan untuk mempesona.

Jadilah seperti tiram
yakin akan sumbangan mutiara
biar kecil
terpencil
ia syukur
& jujur akan kewujudannya.

Di dasar laut gelita
sinar sesekali menjelma
sebutir mutiara tiadakan lahir
di tengah kemilau cahaya.

Tulisan: Rasiah Halil
Ditulis: 18 Julai 1986
Bedok, Singapura.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s