12 Januari 2016 – Catatan Ringkas

Saya sertakan beberapa tulisan untuk entri kali ini yang lama bergema di hati saya – mengenai mengadakan perpustakaan kecil di dalam rumah kita dan pentingnya menghidupkan budaya membaca. Dua tulisan mengenai ini, yang juga disalut dengan kisah buku-buku yang dijadikan filem, dilampirkan. Semoga kita semakin teruja untuk membaca, menghargai buku dan ilmu pengetahuan serta membantu keluarga kita sama mencintai buku. Buku-buku yang baik yang kita kenalkan kepada keluarga kita dan kita turut membaca bukan hanya merimbunkan pelbagai perkara yang baik, malah turut membentuk dan meluaskan jendela kehidupan kita.

Saya juga sertakan sebuah rencana mengenai mendepani masalah. Rencana ini tidaklah panjang dan semoga ada juga manfaatnya bagi kita. Saya turut lampirkan lagu ‘Manusia’ nyanyian P.Ramlee dan Saloma kerana lagu ini seolah-olah mengajak kita memulakan pandangan dan renungan baharu, setelah melepaskan tahun yang lalu berserta segala masalah yang mungkin meranjaui kehidupan kita.

Insya-Allah pada masa terdekat ini saya akan memulakan satu ruangan baharu dalam blog ini. Saya tidak sempat memasukkannya dalam entri kali ini kerana terhambat oleh waktu. Ruangan ini akan berjudul ‘Perca Kenangan’. Banyak yang ingin saya tulis dan rakamkan dalam ruangan baharu ini dan saya juga perlu mengambil beberapa gambar melalui kamera dan/atau kamera telefon bimbit saya. Kamera saya bukanlah kamera yang mahal dan canggih, begitu juga dengan telefon bimbit saya tetapi memadai untuk tujuan rakaman saya.

Semoga kita dapat sama-sama fikir-fikirkan pentingnya peranan buku bagi kehidupan kita dan seandainya kita berdepan dengan masalah, semoga kita tabah dan tekal menghadapinya, insya-Allah.

Salam
Rasiah Halil
12 Januari 2016.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s