Dua Kuntum Puisi: ‘Peria & Delima’ dan ‘Yang Bersih’

Peria & Delima

Kita menyemai peria
& mengharapkan delima
tanpa mengendahkan tanah, baja,
air mahupun cuaca
& benih-benih tidak dipilih
yang berkhasiat, disisih
yang mudah, disemai
agar ladang kita ada tumbuhan
walau menyemakkan.

Tidak pernah kita belajar
untuk memilih delima
kerana tergoda dengan yang mudah
& petani-petani yang diupah
ternyata orang-orang belaka
tidak tahu menilik musim
tidak tahu berbudi pada tanah
seolah dengan campak lempar
delima tumbuh & berbuah.

Bilakah tanah ini akan sejahtera
& petaninya bijaksana
memahami sekitar
menyisih haiwan perosak & rumpai
menyemai benih ruji, sayur, buah
agar yang dituai bermanfaat
& sebaik delima?

Ditulis: 24 Mac 2016
Bedok, Singapura
Tulisan: Rasiah Halil.

Yang Bersih

Yang dipinta bukan pakaianmu
bersih tapi bercampur haruman
terlarang, ketika berihram.
Meski bajumu sehari dipakai
tanpa najis & sebarang kotoran
ia tetap bersih
kerana bukan pakaianmu yang dinilai.

Haruman itu penghalang
yang asli, murni, ketika berihram
datanglah dengan hati
suci & bersih peribadi
kerana itulah terlebih besar
di sisi-Nya, di Masjidilharam.

Dia penilai hati
tanpa dapat kita berselindung
di balik haruman, nama, harta menggunung.

Ditulis: 30 Mac 2016
Bedok, Singapura
Tulisan: Rasiah Halil.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s