Sajak: ‘Semut’ Dan ‘Setitik Air’

semut duasemut satu

Semut

Sekurang-kurangnya kau tahu
berjalan di atas kertas, lampu atau meja
bersendirian atau bersama teman
akhirnya akan ke sarang juga
membawa gula atau lain habuan.

Sekurang-kurangnya kau punya permaisuri
penggerak askar, pekerja atau hamba abdi
tempat ketaatan, mungkin juga pengharapan
ketika cuaca atau lain serangga mengancam.

Sekurang-kurangnya kau berani
merentas daun kering, kerikil atau duri
sedia berkhidmat dengan setia, tekun & sabar
walau menderita & kau mungkin mati terkapar.

Kadangkala seekor semut
berbanding dengan manusia
lebih beruntung & bijaksana.

Ditulis: 7 Disember 1979
Lorong L, Telok Kurau Road, Singapura
Tulisan: Rasiah Halil.

Setitik Air

Setitik air dianggap banjir
lalu dibina empangan di tiap daerah
penghuni-penghuni diajar waspada
publisitinya merata-rata
jangan sampai air melanda
jangan sampai musnah segala
walau setitik cuma
ia bakal diresap tanah
menyejat sebagai wap, awan, hujan,
mengalir ke sungai, laut, lautan,
diperkaya
walau fana
bersama unsur-unsur alamiah.

Hanya air setitik
ikan-ikan itu mula resah
takut longkang bertakungnya pecah
malu menjadi bilis di tengah samudera
lantas setitik air
dikotori, diusir,
walau kemarau
& longkang itu selamanya sejahtera.

Ditulis: 13 Januari 2008
Bedok, Singapura
Tulisan: Rasiah Halil.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s