Catatan Kecil 26 -27 April 2016

1. Ada beberapa perkara yang telah saya fikir-fikirkan untuk masukan blog kali ini tetapi sebahagiannya saya urungkan dahulu kerana beberapa hal.

2. Pada 23 April lalu, seorang profesor saya dari Universiti Singapura, dan kemudian Universiti Nasional Singapura (NUS) meninggal dunia. Beritanya saya ketahui pada awal pagi Ahad lalu, 24 April 2016. Dan saya serta kawan-kawan saya banyak terkenangkan mendiang apabila berita sedih itu disebarluaskan. Saya mengambil masa untuk menulis kenangan saya serta mencari beberapa gambar mendiang dalam simpanan saya.

3. April juga merupakan pemergian bapa saudara saya, yang saya panggil ‘Busu’ (Allahyarham Abdul Ghani bin Abdul Kadir), 13 tahun yang lalu. Demikian juga April mengingatkan kita kepada seniman-seniman kita, terutamanya Allahyarham Pak Abdul Ghani Hamid dan Allahyarhamah Biduanita Kartina Dahari, yang turut berpulang beberapa tahun lalu.

4. Tapi April juga merupakan bulan lahirnya beberapa orang yang saya sayang: bapa saya (Allahyarham Shaik Abdul Halim bin Shaik Amir), ibu saudara saya yang saya panggil ‘Cicik’ (Allahyarhamah Puteh Abdul Rahman) dan nenek yang membesarkan saya, yang saya panggil ‘Mak’ (Allahyarhamah Fatimah binti Abdullah).

5. Kerana Hari Ibu akan berlangsung pada hari Ahad kedua bulan Mei dan hari ini (26 April) merupakan hari lahir seorang wanita istimewa yang saya panggil ‘Mak’, saya lampirkan tulisan mengenai mengenang jasa ibu atau mereka yang kita anggap sebagai ibu kita. Semoga kita selalu menceriakan kehidupan ibu dan juga bapa kita dan mendoakan dan memanjangkan amal jariah mereka jika mereka telah tiada, insya-Allah.

Salam
Rasiah Halil
26 -27 April 2016.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s