Kata Mutiara: Untuk Renungan Kita Bersama

Takut Menzalimi Hamba Allah

Seorang ulama besar, Thaus r.a. bekerja sebagai jurutulis di jabatan Khalifah Abu Ja’far al-Mansur. Pada suatu hari Khalifah Al-Mansur menyuruhnya, “Ya Thaus, tolong ambilkan tintamu, aku akan menulis sesuatu.”

Tetapi Imam Thaus menolak perintah itu seraya berkata, “Ya Amirul Mukminin, ambillah sendiri.”

Khalifah Abu Ja’far al-Mansur amat hairan dengan sikap Imam Thaus itu. Maka Khalifah bertanya kepadanya, “Mengapa engkau tidak mahu mengambilkannya untukku?”

Iman Thaus r.a. menjawab, “Aku takut kalau mengambilkannya, Tuanku menulis sesuatu yang menzalimi hamba Allah. Dengan demikian aku telah menjadi sekutu Tuanku dan akan didakwa di hari kiamat kelak.”

Umar Meminjam Wang

Pada suatu ketika Khalifah Umar al-Khattab r.a. memohon diberi pinjaman 400 dirham daripada Abdul Rahman bin Auf. Tetapi Abdul Rahman bin Auf bertanya kepadanya, “Mengapa engkau meminjam daripada aku, bukankah kunci Baitulmal ada di tanganmu? Apakah engkau tidak boleh meminjam dari sana dan memulangkannya semula?”

Umar r.a. menjawab, “Aku tidak mahu meminjam dari Baitulmal kerana aku takut takdirku tiba, maut merenggutku, lalu kau dan kaum Muslimin menuntut aku telah menggunakan wang tersebut. Maka jika hal itu terjadi, kebaikanku tentu akan dikurangi di hari kiamat. Sedangkan kalau aku meminjam daripadamu, jika aku meninggal dunia, engkau dapat menagihnya daripada ahli warisku.”

Diambil daripada buku Kisah-Kisah Benar & Penglipur Lara (4), susunan Fatimah Haji Omar, KL: Al-Hidayah Publishers, 1997, halaman 152 dan 182.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s