Sajak: ‘Seandainya’, ‘Untuk Semua’ Dan ‘Oyster’

Intro 1Intro 3Intro 4Snowy 1Snowy 2Snowy 3OLYMPUS DIGITAL CAMERAOLYMPUS DIGITAL CAMERAOLYMPUS DIGITAL CAMERA

The Persian Princess 26 June 2013Snowy 8IMG20170603180328Snowy 9IMG20170621152735Seandainya
(Mengenang Snowy: 3 Januari 2000 – 21 Jun 2017)

Seandainya Pantai East Coast ini boleh berkata
akankah disuarakan kesedihanku
menyempurnakan pengebumianmu
dalam desir ombak, laut terbentang
hujan yang sejak tadi bertandang
& masa-masa bersamamu berlalu –
menjaga, membersihi, menyuapi
anakku yang berlainan spesies.

Akankah pantai ini berkata
hadirmu menyirat makna
hanya lebih setahun kakimu sempurna
lumpuh dua kakimu, 16 tahun sesudahnya
& hidup kita dibelenggu kesukaran, dugaan
berselirat masalah, keterbatasan.

Kaukah mengingatkan aku
makna kasih tanpa bersyarat
seperti Nenek semai, teladankan
& hambatan fizikal bukan penghalang
menjadi ceria
menikmati bahagia
menghargai yang dititipkan-Nya
dengan ikhlas, tabah, reda.

Seandainya pantai ini boleh berkata
betapa akan digemakan kedukaanku
menyaksikan kesihatanmu semakin terganggu
& memaklumi terbatasnya upayaku –
lebih 3 minggu kau dikelar sengsara
masa-masa menusuk, pilu, pedih
kadang kau tercungap, menggeletar, merintih
diselangi istirahat, bermain, bermanja
bagai kaupadatkan segalanya untuk aku & Ginger
hingga 11:59 pagi, 21 Jun itu
kau berpulang dalam dukunganku
dikapani air mata.

Seandainya pantai ini boleh berkata
akankah dilantunkan dalamnya sebuah kasih
& kesedihan menghiris
kerana kaulah anugerah-Nya
& hujan yang mengiringi bagai perakam
mendung yang lama berlarut, berhimpun
akhirnya turut membersihi sekitar
sebagaimana kini deritamu sirna
bahagia di alam berbeza
berjalan, melompat, berlari – sempurna
walau terpisah
& dengan izin Allah
suatu masa
kita bertiga kan bersama lagi
tanpa sekelumit sengsara
di kampung abadi.

Ditulis: 21 Jun – 14 Julai 2017
Bedok, Singapura
Tulisan: Rasiah Halil.

Puisi Terjemahan: Untuk Semua (For Everyone)

Aku tidak seharusnya memberitahumu
apa yang seharusnya kuberitahu
kawan, maafkan aku, kautahu
walau kau tidak mendengar bicaraku,
aku tidaklah tidur atau dalam duka,
bahawa aku bersamamu tanpa melihatmu
untuk satu jangka yang lama dan hingga ke akhirnya.

Aku tahu ramai yang akan bertanya:
‘Apa yang Pablo buat sekarang?’ Aku di sini.
Jika kau mencariku di lorong ini
kau akan dapati aku bersama biolaku
bersedia untuk memetikkan sebuah lagu
bersedia untuk menempah jalan ke kubur.

Tiada apa yang kutinggalkan untuk sesiapa,
tiada untuk mereka, tidak juga untuk kau,
dan jika kau mendengar dengan teliti, dalam hujan ini,
akan kaumaklumi
bahawa aku datang dan pergi dan ada di sana sini.
Dan kautahu bahawa aku terpaksa pergi.

Walau bicaraku tidak meyakinkan
ketahuilah, akulah yang telah pergi.
Tiada kesunyian yang tiada sempadan.
Bila tiba ketikanya, nantikanlah daku
dan biarlah mereka tahu aku akan tiba
di lorong ini, bersama biola.

Tulisan: Pablo Neruda
Daripada: Fully Empowered, London: Souvenir Press (E & A), Ltd, 1966
Tersiar: Majalah Sasterawan, Bilangan 1, April 1980
Terjemahan: Rasiah Halil.

Translated Poem: Oyster (Tiram)

Be like an oyster
patient in producing pearls
a self is never shaped
by momentary sufferings
recognize all inhabitants of the sea
ripples of  water, the wind, sun, sand,
for life is a continuum
nature too is limitless.

Learn from the splashing waves
the meaning of continuous effort
reflect on the diver’s deceits
uncovering hidden treasures
emulate not the nature of corals,
mermaids or dolphins
for your presence is not to enthrall.

Be like an oyster
confident in contributing pearls
though small
isolated
it is contented
& honest in its existence.

In the dark sea bed
light occasionally appears
a pearl could never be produced
in lights aglitter.

Written on: 18 July 1986
Written in Malay and translated to English by: Rasiah Halil
Bedok, Singapore.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s